'Tuah' jadi maskot pasukan bola sepak Malaysia ke Olimpik - Utusan Malaysia

‘Tuah’ jadi maskot pasukan bola sepak Malaysia ke Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 9 Mei 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Kota Sukan Olimpik ke-20, Munich membuat persiapan untuk menyambut ‘Tuah‘ anak harimau yang akan menjadi maskot pasukan bola sepak Malaysia ke Olimpik.

Harimau adalah lambang Persatuan Bola Sepak Malaysia dan ‘Tuah‘ merupakan nama yang akan membawa ‘Tuah‘ kepada pasukan Malaysia di Olimpik nanti kata Pengurus Pasukan Olimpik Malaysia, Datuk Harun Idris.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 9 Mei 1968Sakarani Bador, 23 tahun dari Petaling Jaya yang menyandang gelaran Mr. Bomba tahun lalu, sekali lagi berjaya mengekalkan kejuaraannya pada tahun ini.
  • 9 Mei 1970 – Pertubuhan Rancangan Makanan Sedunia (WFP) memberi jaminan akan membantu Malaysia memberikan makanan-makanan bermutu kepada buruh-buruh untuk membina Lebuh Raya Timur Barat dari Pulau Pinang ke Kota Bharu.
  • 9 Mei 1971 – Pesuruhjaya Ibu Kota telah menerima kira-kira 50 permohonan daripada orang-orang Melayu untuk berniaga di kawasan perniagaan baru di Jalan Petaling (China Town).

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya