Pada 24 Mei 1973, Utusan Malaysia melaporkan harga beras mulai turun beransur-ansur di seluruh negara mulai hari ini. Di beberapa buah kedai di sekitar Kuala Lumpur, penurunan harga itu berlaku antara 10 hingga 20 sen segantang.
Harga beras mencemaskan orang ramai apabila ia dinaikkan sejak beberapa minggu lalu sebelum turun mulai semalam setelah pihak LPN mengadakan perjumpaan tergempar dengan wakil pengilang, pemborong dan pembahagi beras.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 24 Mei 1968 – Pasukan hoki Malaysia akan mengadakan tiga bulan latihan pusat sebagai persediaan menghadapi sukan Olimpik di Mexico bulan Oktober ini.
- 24 Mei 1970 – Sekurang-kurangnya 300 orang telah meninggal dunia kerana dijangkiti wabak selsema Hong Kong di kawasan pulau di Tenggara Maluku, Indonesia.
- 24 Mei 1972 – Sebuah suruhanjaya penyiasat gaji pekerja-pekerja kilang akan ditubuhkan tidak lama lagi, kata Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat, Tan Sri Manickavasagam hari ini.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03 74556428 atau e-mel ke: [email protected]