Penubuhan bank pekerja disambut baik - Utusan Malaysia

Penubuhan bank pekerja disambut baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 2 Mei 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan satu jawatankuasa seramai tujuh orang akan dibentuk untuk mengkaji butiran lanjut mengenai penubuhan bank pekerja seperti yang dicadangkan, kata Tun Abdul Razak Hussein hari ini.

Perdana Menteri mengalu-alukan langkah Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk menubuhkan bank tersebut kerana: “Saya percaya penyertaan lebih ramai kaum pekerja dalam kegiatan ekonomi negara kita adalah satu perkara yang sangat baik”.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 2 Mei 1971 – Setelah 50 tahun, Jepun berjaya menundukkan Australia dalam perlawanan tenis Piala Davis menerusi pemainnya Toshiro Sakai yang menewaskan John Cooper dengan agregat 3-2.
  • 2 Mei 1973 – Polis berjaya menemukan kawasan ladang ganja seluas satu ekar yang ditanam kira-kira 300 pokok berharga RM3,000 di Parit Sulong, Batu Pahat.
  • 2 Mei 1974 – Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Yaakub berkata, rakyat Malaysia di Sarawak serta rakyat Brunei tidak akan dapat dipisahkan kerana mereka berasal dari serumpun darah.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya