'Namun Ku Punya Hati' dipilih sebagai lagu terbaik - Utusan Malaysia

‘Namun Ku Punya Hati’ dipilih sebagai lagu terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 17 Mei 1982, Utusan Malaysia melaporkan ahli kumpulan muzik The Revolvers, Freddie Fernandez terpilih sebagai pencipta lagu terbaik dalam Pesta Lagu Malaysia Kedua yang diadakan di Auditorium Besar Angkasapuri.

Lagu ciptaannya ‘Namun Ku Punya Hati‘ telah dinyanyikan oleh johan Bintang RTM 1980, Rohana Jalil. Dengan kejayaannya itu, Freddie membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 dan sebuah piala penghargaan.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 17 Mei 1979 Yayasan Islam Terengganu mengadakan kursus bimbingan akhlak kepada para pekerja hotel, kilang serta kedai makan di seluruh negeri itu.
  • 17 Mei 1983Tokoh Guru 1983, Mohamed Zain Ayob, 86, merupakan seorang bekas guru tertua yang menerima ‘Pingat Tokoh Guru‘ untuk tahun ini.
  • 17 Mei 1984Juliet Poon, pemain perseorangan wanita Malaysia, mempunyai potensi untuk menjadi juara dunia, demikian menurut jurulatih badminton China, Chen Fu Shou.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya