Pada 10 Mei 1975, Utusan Malaysia melaporkan polis telah menembak dan mencederakan ketua kongsi gelap Hong Fah atau Bunga Merah setelah dia melarikan diri daripada kepungan di Kampung Semarang di tengah-tengah bandar raya.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Low Ong atau Tai Ngan Chai, 24, dikehendaki oleh Polis Bandaraya sejak ia tidak hadir di mahkamah untuk dibicarakan Julai tahun lalu berikutan menghilangkan diri dari kawasan buang daerah di Raub.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 10 Mei 1973 – Sebanyak 34 ekor anjing yang tidak berlesen ditembak dalam satu gerakan yang dijalankan oleh Pejabat Haiwan Perak Utara di kawasan Parit Buntar dan Bagan Serai.
- 10 Mei 1974 – Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memohon menjadi seorang peguam selepas 25 tahun beliau mendapat ijazah undang undang.
- 10 Mei 1975 – Sultan Kedah umum penubuhan sebuah tabung kewangan bertujuan memperbaiki dan memajukan ekonomi serta perkembangan agama Islam di negeri itu.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]