Belia Malaysia, Indonesia meterai kerjasama - Utusan Malaysia

Belia Malaysia, Indonesia meterai kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 15 Mei 1982, Utusan Malaysia melaporkan kerjasama antara Koperasi Belia Nasional (KOBENA) dan Koperasi Pemuda Indonesia (KOPINDO) dimeteraikan dengan azam untuk memajukan lapangan ekonomi perusahaan seperti dalam bidang perniagaan dan pembinaan negara masing-masing.

Kedua-dua koperasi akan saling membantu dalam menjalankan sesuatu projek, sementara pihak pemerintah kedua negara pula akan memberi dorongan dan bantuan jika diperlukan.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 15 Mei 1977Petronas dan Exxon hari ini mula memasang pelantar carigali minyaknya yang pertama di Pulai kira-kira 160 kilometer ke Timur Kuala Terengganu.
  • 15 Mei 1979 – Satu kumpulan kongsi gelap yang dikenali dengan nama ‘Ngie Hung Kong‘ yang dianggotai lebih 70 orang telah ditumpaskan oleh polis apabila lapan orang termasuk timbalan ketuanya telah diberkas.
  • 15 Mei 1980 – Seramai 86 orang murid lelaki dan perempuan Sekolah Rendah Long Jaafar, Kamunting, Taiping telah disambar petir dan keadaan mereka tidak membimbangkan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya