Pada 3 April 1978, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) sedang memajukan satu kawasan seluas kira-kira 60 ekar di Kuala Nerus, Kuala Terengganu sebagai sebuah pusat pengajian sains marin di negara ini.
Pihak UPM juga akan menubuhkan sebuah stesen di Port Dickson bagi mengesan pencemaran laut di Selat Melaka, menurut penyelaras bahagian perikanan dan sains marin, Dr. Baharin Kassim hari ini.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 3 April 1975 – Balai Polis Campbell telah melancarkan satu sistem baru yang dinamakan “beat personal” sebagai langkah untuk memperhebatkan lagi gerakannya dalam membasmi kejadian jenayah di kawasan itu.
- 3 April 1978 – Menteri Kebajikan Am, Datin Paduka Aishah Ghani mengingatkan RTM supaya jangan terlalu banyak disogok nilai dan pengaruh yang diimport sehingga boleh menjadikan masyarakat Malaysia kehilangan identitinya.
- 3 April 1979 – Kerajaan Negeri Johor didesak supaya menyelaraskan dasar pelajaran sekolah-sekolah agama di negeri ini dengan dasar pelajaran agama kebangsaan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]