Pada 16 April 1974, Utusan Malaysia melaporkan Ketua Jabatan Otopedik, Universiti Malaya (UM), Profesor J.F. Silva, berjaya mencipta sendi palsu yang boleh digunakan sebagai siku oleh manusia.
Dengan kejayaan ciptaan terbaru ini, mereka yang telah rosak sikunya akibat penyakit atau kemalangan boleh menggunakan sendi palsu ini dan dapat menggerakkan semula kedua-dua belah tangan mereka.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 16 April 1972 – Cerpenis produktif, Azizi Haji Abdullah diumumkan sebagai pemenang nobel Hadiah Sastera 1971.
- 16 April 1973 – Kedua-dua belah mata bekas Perdana Menteri Sri Lanka, Dudley Senanayake telah didermakan kepada dua orang lelaki buta di Hospital Mata Colombo dalam satu pembedahan malam tadi.
- 16 April 1974 – Seramai 295 daripada 13,375 orang jemaah haji dari Malaysia meninggal dunia ketika menunaikan ibadah haji bagi musim haji tahun 1973/74.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]