Shahnon Ahmad gondol empat hadiah sastera 1973 - Utusan Malaysia

Shahnon Ahmad gondol empat hadiah sastera 1973

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 12 April 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan novelis, Datuk Shahnon Ahmad telah memenangi empat hadiah sastera Tun Abdul Razak bagi karya-karya terbitan tahun lalu. Beliau menerima hadiah wang tunai RM5,250 untuk keempat-empat karyanya termasuk sebuah novel berjudul ‘Srengenge‘ yang dipilih dari 17 buah novel karya 15 orang penulis.

Tiga lagi karyanya ialah, ‘Tak Keruan‘, ‘Kelapa Nan Sebatang‘ dan ‘Perempuan‘ masing-masing memenangi hadiah dalam bahagian cerpen.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 12 April 1973 – Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia, Abdul Rahman Othman telah dipilih sebagai kadet terbaik dalam latihan yang dijalankan di Maktab Tentera Laut British di United Kingdom.
  • 12 April 1974 – Empat buah kapal Angkatan Laut Republik Indonesia tiba di Sabah untuk lawatan muhibah selama seminggu.
  • 12 April 1975 – Kerajaan Perak digesa mengeluarkan segera tanah seluas 25,000 ekar di Seberang Perak dalam daerah kecil Kampung Gajah, bagi menampung keperluan 50,000 keluarga petani di Mukim Sungai Manik dan Labu Kubong.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN