Lebuh Raya Pan Borneo dari Kuching ke Sandakan akan dibina - Utusan Malaysia

Lebuh Raya Pan Borneo dari Kuching ke Sandakan akan dibina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 20 April 1982, Utusan Malaysia melaporkan sistem perhubungan jalan raya (Pan Borneo Highway) yang menghubungkan Kuching dengan Sandakan, Sabah akan segera dilaksanakan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam hari ini.

Kerajaan berazam untuk menyiapkan projek lebuh raya terbesar itu dengan secepat mungkin, katanya ketika merasmikan sistem jalan raya Sesang-Empelau-Kabong-Nyabor Roban di Sesang, Bahagian Kedua Sarawak.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 20 April 1982 – Pasukan bola keranjang terkenal dari Amerika Syarikat, Harlem Globetrotters akan mengadakan perlawanan persahabatan di Stadium Negara pada 1 dan 2 Mei ini.
  • 20 April 1983 – Biduan Negara, Puan Sri Saloma, 47, berada dalam keadaan uzur di rumahnya di Petaling Jaya dan beliau didapati menghidap demam kuning sejak dua minggu lalu.
  • 20 April 1984 – Semua papan tanda ‘ditanggung halal’ yang dipamerkan oleh restoran Kentucky Fried Chicken di sekitar Kuala Lumpur telah mendapat kelulusan Dewan Bandaraya.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya