Kuala Lumpur diiktiraf sebagai Wilayah Persekutuan - Utusan Malaysia

Kuala Lumpur diiktiraf sebagai Wilayah Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 27 April 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Bandaraya Kuala Lumpur akan dijadikan Kawasan Persekutuan (Federal Territory) setelah rang undang-undang pindaan perlembagaan mengenainya diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Semasa sesi pembentangan, Tun Abdul Razak berkata, Sultan Selangor dan kerajaan negeri telah bersetuju pada dasarnya untuk menjadikan kawasan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai Kawasan Persekutuan.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 27 April 1972 – Kesatuan Pelajar-Pelajar Melayu Selangor akan menubuhkan sebuah syarikat yang diberi nama Syarikat Kerjasama Serbaguna KPPMS Berhad tidak lama lagi.
  • 27 April 1973 – Kampung Pulau Tiga dalam Daerah Kecil Kampung Gajah telah dipilih sebagai kampung contoh yang indah dan moden, kata Penolong Pegawai Daerah itu, Hasan Abdullah.
  • 27 April 1974 – Senator Abu Bakar Hamzah dipecat daripada Pas kerana tindak-tanduknya yang bertentangan dan merugikan kepentingan parti.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya