Pada 17 April 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kerajaan akan melancarkan tidak lama lagi satu rancangan pengambilan serentak di seluruh negara untuk mengisi kira-kira 40,000 jawatan kosong dalam perkhidmatan awam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Pengiran Othman Pengiran Rauf berkata, hari ini sebagai permulaan sejumlah 20,000 jawatan akan diisikan sehingga akhir tahun ini.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 17 April 1977 – Pasukan keselamatan Malaysia-Thailand bertempat di Sadao, Selatan Thai hari ini telah memusnahkan rangkaian perhubungan dan pusat percetakan pengganas komunis serta menemui sebuah tempat menyimpan senjata.
- 17 April 1979 – Pusat penyelidikan tembakau MARDI telah memilih tiga kawasan untuk membuat program penyelidikan penilaian jenis tembakau, kajian agronomi dan kajian keselamatan tumbuhan.
- 17 April 1982 – Penyanyi popular, Datuk Sharifah Aini telah selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki yang wajahnya mirip ayahnya, Ali Bakar di sebuah klinik swasta di Kuala Lumpur.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]