Pada 5 April 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kawasan Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah mencatat sejarah selepas dipilih sebagai kawasan ulung projek perintis penempatan anggota polis bersama orang awam yang dikenali sebagai ‘Koban’.
Sistem itu merupakan satu bentuk khidmat baharu yang mana anggota-anggota polis ditempatkan dalam kalangan masyarakat untuk bergaul bersama-sama semasa dalam tugas mahupun di luar tugas.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 5 April 1978 – Keretapi Tanah Melayu akan memperkenalkan perkhidmatan kontena terus ke Bangkok menjelang 1 Jun depan, kata Pengarah Perdagangannya, T. Antoine.
- 5 April 1979 – Tokoh-tokoh dunia mengutuk Presiden Pakistan, Zia Ul-Haq kerana menjatuhkan hukuman gantung hingga mati ke atas bekas Perdana Menteri, Zulfikar Ali Bhutto tanpa menghiraukan rayuan semua pemimpin dunia.
- 5 April 1982 – Biduan Negara, Saloma dan penyanyi handalan, Sudirman Arshad akan menemui peminat dalam ‘Konsert Serantau Abadi‘ bersama orkes tentera darat di Stadium Darul Aman malam ini.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]