Sistem baru jual beli kenderaan diperkenalkan - Utusan Malaysia

Sistem baru jual beli kenderaan diperkenalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 31 Mac 1973, Utusan Malaysia melaporkan semua penjual kereta dan motosikal di negara ini akan tertakluk pada sistem jualan yang baharu mulai 1 April ini bertujuan menjaga kepentingan pengguna.

Di bawah sistem ini, semua harga jualan kenderaan akan ditetapkan melalui harga jualan bersih yang telah diluluskan oleh Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Dengan adanya sistem baru ini, sistem ‘diskaun‘ yang ada sekarang akan dimansuhkan.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 31 Mac 1971 – Malaysia mencapai kemenangan kedua selepas menumpaskan Mexico 5-0 di kejohanan Pingpong Dunia Ke-31 di Nagoya, Jepun.
  • 31 Mac 1973Kerajaan Perancis akan menganjurkan satu pameran perdagangan besar-besaran di Kuala Lumpur bagi memajukan perdagangan antara kedua-dua negara.
  • 31 Mac 1975 – John Macdonald dari Hong Kong berjaya menjadi juara kali keempat acara utama perlumbaan kereta ‘One Seater‘ di Grand Prix Malaysia yang berlangsung di Litar Batu Tiga, Shah Alam.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya