Pada 8 Mac 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Presiden Republik India, Shri V.V. Giri menyeru seluruh kaum India menumpukan sepenuh taat dan setia yang tidak berbelah bagi kepada negara Malaysia.
Mereka turut digesa bersama dengan kaum lain yang menjadi warganegara di negara ini agar sama-sama memainkan peranan penting ke arah menjayakan rancangan pembangunan kerajaan. Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Institut Penyelidikan Getah, Sungai Buloh, Selangor.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 8 Mac 1971 – Rambut palsu buatan Malaysia akan mula dijual di United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Jerman dan negara-negara
Eropah tidak lama lagi. - 8 Mac 1973 – Kerajaan bakal melancarkan satu projek besar-besaran untuk memperbaiki sistem pembuangan sampah-sarap dan najis
di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur tidak lama lagi. - 8 Mac 1974 – Bekas juara tinju heavyweight dunia, Muhammad Ali telah menandatangani satu kontrak untuk berlakon dalam sebuah filem
yang mengisahkan riwayat hidupnya sendiri.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]