Pada 15 Mac 1975, Utusan Malaysia melaporkan gol jaringan Harcharam Singh minit ke tiga tambahan masa telah meletakkan kejayaan buat pasukan India untuk mara ke perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala Dunia Ke-3 setelah melalui kesengsaraan menumbangkan Malaysia 3-2 di Stadium Merdeka.
Pertemuan Malaysia-India pada perlawanan separuh akhir selama 85 minit telah mempersonakan hampir 50,000 penonton sebaik saja permulaan permainan hingga ke tiupan wisel terakhir dengan kualiti permainan yang cukup memuaskan.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 15 Mac 1973 – Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat sedang mengkaji kemungkinan meluaskan Skim Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso) supaya meliputi mereka yang bekerja sendiri.
- 15 Mac 1974 – Bintang filem terkemuka kelahiran Kanada yang juga pelakon siri popular ‘The Ironside‘, Raymond Burr tiba di Kuala Lumpur dalam usaha mencari lokasi yang sesuai untuk filem terbarunya ‘Adventure Mystery‘.
- 15 Mac 1975 – Kerajaan digesa supaya menjadikan lapangan terbang sementara Tanjung Laboh sebagai Pangkalan Tentera Udara Diraja (TUDM) yang kekal di Negeri Johor.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]