Pada 23 Mac 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan buat pertama kalinya seorang ahli perniagaan bumiputera, Othman Chut telah mendapat peluang membekalkan minyak jenis ‘IFO‘ untuk kapal laut.
Othman, 42 tahun, merupakan anak Melayu pertama membuka stesen minyak di Pelabuhan Klang yang mendapat peluang ini dengan dibantu UDA.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 23 Mac 1972 – Kesatuan Kebangsaan Perkhidmatan Perguruan (NUTP) menggesa Kementerian Pelajaran supaya mengisytiharkan Hari Guru 16 Mei sebagai hari cuti untuk semua sekolah.
- 23 Mac 1973 – Setiausaha Agung Sekretariat Islam, Tunku Abdul Rahman mengesahkan beliau bakal melepaskan jawatannya itu atas sebab-sebab peribadi.
- 23 Mac 1974 – Sebuah bank saudagar, ‘Rakyat First Merchant Bankers Berhad‘ yang diusahakan bersama oleh Bank Rakyat dengan First National City Bank of New York akan memulakan operasinya bulan depan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]