Pada 6 Mac 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim, 42 dan Ketua Kampung, Rahmat Satiman, 54, hari ini didapati bersalah kerana membunuh bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Taha Talib, dan dihukum mati di tali gantung.
Mokhtar yang berpakaian sepasang kot biru tua dan bersongkok, manakala Rahmat berkemeja coklat kelihatan berdiri tegak ketika hakim, Hashim Yeop Abdullah Sani membacakan hukuman kira-kira jam 10.45 pagi ke atas mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 6 Mac 1982 – Umat Islam terutamanya golongan berada diseru untuk menyimpan di Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) sebagai usaha ke arah meningkatkan ekonomi masyarakat Islam di negara ini.
- 6 Mac 1983 – Penyanyi Showmasters, Azmil Mustapha telah dipilih menjadi hero dalam filem terbaru ‘Mekanik‘ bagi menggantikan tempat pelakon berpengalaman, Dharma.
- 6 Mac 1984 – Sebelah tangan kepunyaan seorang guru, Chong Keng Kok, 24, dari Bedong, Kedah yang ‘dipotong‘ oleh dua orang perompak yang merompak wang tunai, jam tangan berserta cincin bernilai RM5,000 semalam telah dijumpai hari ini.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]