Pada 2 Mac 1973, Utusan Malaysia melaporkan kerajaan merancang mengenakan hukuman lebih berat ke atas penyeludup atau pengedar dadah Berbahaya di negara ini.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Kadir Yusof berkata, hukuman yang paling berat terhadap pengedar dadah ketika ini ialah penjara lima tahun atau denda RM10,000 manakala untuk kesalahan yang lebih ringan, dikenakan tiga tahun penjara atau denda RM5,000.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 2 Mac 1971 – Kerajaan Malaysia akan menghadiahkan sebanyak 12 buah kapal terbang jenis Twin Pioneer milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kepada Angkatan Udara Indonesia.
- 2 Mac 1972 – Lima jenis barang kemas pusaka kepunyaan kerabat diraja Kedah sejak zaman Raja Bersiong telah dicuri dari Muzium Kedah.
- 2 Mac 1974 – Seramai 800 orang pelajar Politeknik Ungku Omar berpiket sejak Sabtu lalu dan masih lagi meneruskannya kerana tuntutan- tuntutan mereka belum ditunaikan sepenuhnya oleh pihak pentadbir.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]