Pada 11 Mac 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan seluruh rakyat terhadap sesetengah golongan yang cuba mencetuskan ‘psikologi rusuhan‘ untuk menggerakkan rakyat atau sebahagian masyarakat di negara ini bagi menentang kerajaan.
Perdana Menteri berkata, kecenderungan golongan itu ialah memutarbelit dan memperbesar-besarkan sesuatu isu bagi mencapai maksud tersebut.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 11 Mac 1978 – Sebatang lebuh raya sepanjang lebih 25 batu yang berharga RM24 juta menghubungkan bandar Teluk Anson dengan Kampung Kayan, Daerah Dinding kini sedang dalam pembinaan.
- 11 Mac 1979 – Seorang jelitawan dari Sabah, Jastina telah terpilih sebagai heroin filem terbaru arahan Datuk Aziz Sattar, iaitu “Prebet Lapok” tidak lama lagi.
- 11 Mac 1982 – Kerajaan hari ini digesa agar menyemak semula undang-undang Kanun Tanah Negara bagi membolehkan tanah rizab Melayu mendapat harga yang sama dengan harga tanah lain-lain geran.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]