Undang-undang cegah perbuatan khalwat - Utusan Malaysia

Undang-undang cegah perbuatan khalwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 11 Februari 1973, Utusan Malaysia melaporkan satu undang-undang baharu iaitu, “Undang-Undang Mencegah Bersekedudukan” akan digubal tidak lama lagi bagi membolehkan tindakan mahkamah diambil ke atas setiap orang yang melakukan khalwat.

Undang-undang baru itu nanti akan meliputi seluruh negara dan difahamkan undang-undang tersebut bertujuan menjamin keadilan tanpa berat sebelah kepada mana-mana pihak dan di sebarang tempat.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 11 Februari 1972 – Maktab Perguruan Malaya di Gelugor, Pulau Pinang telah mengarahkan supaya penuntut-penuntut baru maktab itu agar tidak menyimpan rambut panjang.
  • 11 Februari 1973Malaysia dan Rusia hari ini menandatangani satu perjanjian untuk membina projek empangan bernilai berjuta-juta ringgit di Tembeling, Kuala Tahan, Pahang.
  • 11 Februari 1977 – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan tidak bersetuju dan melarang penyebaran buku “Message of The Quran” kepada orang ramai kerana mengandungi banyak perkara yang tidak sesuai dengan ajaran Islam.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya