Sertai komunis: Tujuh pelajar dari Johor terbunuh - Utusan Malaysia

Sertai komunis: Tujuh pelajar dari Johor terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 3 Februari 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan tujuh pelajar sekolah menengah dari Negeri Johor telah dibunuh dan empat lagi menyerah diri kepada pasukan keselamatan di sempadan Thailand baru-baru ini kerana menyertai gerakan komunis bersenjata.

Pihak berkuasa juga telah memberkas 10 pelajar di beberapa sekolah di Batu Pahat, Kluang dan Johor Bahru dua hari lalu kerana terlibat dengan kegiatan komunis bawah tanah.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 3 Februari 1975 – Seramai 20,114 orang daripada berbagai kaum di Semenanjung Malaysia telah memeluk agama Islam menerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) sejak ia ditubuhkan pada tahun 1960.
  • 3 Februari 1978 – Selepas lebih empat tahun menyepi setelah menyertai Bintang RTM 1973, penyanyi Rayme Marhoom kembali menemui peminat setelah menghasilkan EP sulungnya yang kini berada di pasaran.
  • 3 Februari 1979 – Orang ramai memberi sambutan yang menggalakkan terhadap “koc istimewa kelas ekonomi” yang baru dilancarkan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM) bermula semalam.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya