Pada 6 Februari 1980, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) hari ini mengesahkan bahawa demontrasi penanam padi di Alor Setar baru-baru ini adalah berpunca daripada sikap sesetengah pembeli padi yang mengambil kesempatan mengurangkan harga padi ebanyak RM2 sepikul.
Para pembeli mengurangkan sebanyak RM2 bagi setiap pikul padi yang dijual oleh petani dan menyuruh para petani mendapatkan kupon bernilai RM2 dari LPN, kata pengerusinya, Datuk Mohd Sophie Sheikh Ibrahim.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 6 Februari 1969 – Satu perjanjian udara antara Soviet Union dan Malaysia akan dirangka bagi membolehkan Syarikat Penerbangan Kebangsaan Rusia, Aeroflot mengadakan perkhidmatannya ke Malaysia.
- 6 Februari 1973 – Bandar Johor Bahru akan menjadi ‘New York Malaysia‘ kerana berdasarkan kepada perkembangan dalam berbagai bidang di bandar ini, kata Menteri Besar Datuk Osman Saat.
- 6 Februari 1975 – Kementerian Kesihatan diminta untuk mengadakan semula perkhidmatan bot ‘dukun’ untuk membawa pesakit dari Pulau Pangkor ke Hospital Lumut.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]