Pembukaan rasmi bandar baru 'Wangsa Maju' - Utusan Malaysia

Pembukaan rasmi bandar baru ‘Wangsa Maju’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 27 Februari 1984, Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merasmikan pembukaan bandar baharu di Ladang Hawthorden, Setapak dengan memberi nama ‘Wangsa Maju‘.

Pembangunan bandar baharu yang meliputi kawasan seluas 400 hektar itu merupakan projek pertama di negara ini di bawah konsep penswastaan dan persyarikatan Malaysia.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 27 Februari 1979 – Bangunan baharu Dewan Bandaraya setinggi 30 tingkat bernilai RM38 juta di Jalan Raja Laut dijangka siap sepenuhnya menjelang bulan Februari tahun hadapan.
  • 27 Februari 1980 – Majikan syarikat-syarikat swasta yang tidak mengiktiraf sijil cuti Rukun Tetangga dengan memotong gaji pekerja mereka yang menjalankan tugas kawalan akan diambil tindakan.
  • 27 Februari 1982Putera Talal dari Arab Saudi, sering disifatkan sebagai pejuang Arab bagi negara-negara yang ketinggalan di seluruh dunia, telah menyumbang sebanyak 2.85 juta Dolar kepada empat buah negara paling miskin di dunia.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya