Pembedahan jantung pertama di Malaysia - Utusan Malaysia

Pembedahan jantung pertama di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 16 Februari 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan pembedahan ganti injap jantung yang pertama di Malaysia telah berjaya dijalankan ke atas Puan Foo Kim Thye, 40 tahun di Hospital Universiti Malaya pada 19 Januari lalu.

Pengarah hospital, Dr. Abbas Alias berkata, pembedahan selama enam jam itu telah dijalankan oleh satu pasukan doktor bedah jantung yang diketuai oleh Dr. Saw Huat Seong, 33, graduan dari Fakulti Perubatan, Universiti Malaya.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 16 Februari 1974 – Sebuah syarikat diberi nama Syarikat Kerjasama Serbaguna Kakitangan Jabatan Kerajaan Butterworth akan ditubuhkan tidak lama lagi.
  • 16 Februari 1975 – Seramai 32 orang penunggang motorsikal di sekitar Wilayah Persekutuan didapati bersalah kerana tidak memakai topi keledar pada hari pertama penguatkuasaannya.
  • 16 Februari 1977 – Kerajaan negeri telah meluluskan kawasan Serting dan Lui di Bahau sebagai rancangan FELDA dengan penerokaan tanah secara besar-besaran melibatkan semua kawasan di Timur Negeri Sembilan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya