Maksiat semakin berleluasa di Kuala Lumpur - Utusan Malaysia

Maksiat semakin berleluasa di Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 4 Februari 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kes-kes maksiat di sekitar Wilayah Persekutuan telah bertambah lebih 100 peratus dalam tahun 1978 jika dibandingkan dengan jumlah pada tahun sebelumnya.

Seorang jurucakap Jabatan Agama Wilayah Persekutuan memberitahu, dalam tahun 1977 jumlah maksiat yang dilakukan dan diketahui oleh jabatan tersebut ialah 229 kes, sementara dalam tahun lepas jumlahnya telah meningkat kepada 480 kes.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 4 Februari 1971 – Kerajaan Selangor tidak akan meluluskan sebarang projek perumahan yang namanya tidak mencerminkan keperibadian Malaysia, kata Menteri Besar, Datuk Harun Idris.
  • 4 Februari 1972 – Beribu-ribu orang penunjuk perasaan Republik Ireland membakar Kedutaan British kerana marah berikutan dengan upacara pengkebumian 13 orang mangsa pertumpahan darah di Londonderry.
  • 4 Februari 1974 – Sebuah filem berwarna mengenai Universiti Sains Malaysia yang menelan kos sebanyak RM10,000 telah memulakan penggambarannya di Pulau Pinang sejak 30 Januari lalu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya