Ladang rempah besar-besaran di Jeniang - Utusan Malaysia

Ladang rempah besar-besaran di Jeniang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 14 Februari 1980, akhbar Utusan Malaysia melaporkan sebuah ladang seluas 1,000 ekar untuk tanaman berbagai jenis rempah-ratus dan pokok wangi-wangian akan dimajukan di Jeniang dalam Daerah Sik tidak lama lagi.

Projek tersebut akan dilaksanakan oleh Syarikat Sri Sai Oils and Oleotesins Sdn. Bhd., iaitu sebuah usahasama antara Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kedah, Syarikat Batco Bhd. dengan sebuah syarikat dari India.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 14 Februari 1977 – Kerajaan Malaysia akan mewajibkan semua kotak rokok meletakkan tanda amaran “menghisap rokok mungkin membahayakan kesihatan anda” mulai 1 Julai ini.
  • 14 Februari 1978 – Majlis Bandaran Marang membuat permohonan RM150,000 kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan untuk membina sebuah pawagam di pekan itu.
  • 14 Februari 1980 – Penuntut jurusan undang-undang dari Malaysia, Hardial Singh menerima anugerah penuntut terbaik dalam peperiksaan bahagian Intermediate di University of London.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya