Pada 1 Februari 1982, Utusan Malaysia melaporkan kerajaan sedang merancang beberapa projek jangka panjang yang menelan belanja hampir RM1 bilion bagi menjadikan Kuala Lumpur pusat bandar raya paling moden di rantau ini menjelang tahun 2000.
Rancangan tersebut meliputi berbagai aspek keperluan termasuk memodenkan pengangkutan awam, pasar-pasar besar, tempat-tempat penjaja, penempatan semula setinggan dan laluan pejalan kaki.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 1 Februari 1969 – Tentera Udara Diraja Malaysia akan mendapat sembilan buah pesawat jenis Caribou buatan Kanada hujung tahun ini, kata Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan hari ini.
- 1 Februari 1971 – Bangunan Wisma Pahlawan yang menempatkan Ibu Pejabat Persatuan Bekas Perajurit Malaysia setinggi 14 tingkat akan didirikan di Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur dengan kos berjumlah RM2.6 juta.
- 1 Februari 1980 – Lebih RM8 juta akan dibelanjakan untuk membina berbagai projek pembangunan ke arah menjadikan bandar Pusat Jengka sebagai sebuah bandar yang lengkap serta teratur.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]