Pada 7 Februari 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan semua sekolah di seluruh negara hari ini diminta untuk menubuhkan kelab keselamatan jalan raya di sekolah masing-masing dalam usaha untuk mengurangkan murid-murid terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Menteri Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Abdul Ghani Gilong ketika membuat gesaan itu berkata, tumpuan terhadap murid-murid sekolah mengenai keselamatan jalan raya melalui kelab-kelab seumpama itu sehingga kini memberi kesan yang sangat memuaskan.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 7 Februari 1974 – Kerajaan mempunyai rancangan untuk mengeluarkan senjata bagi keperluan sendiri di masa hadapan dengan memperluaskan kerja-kerja memasang senapang yang telah dijalankan sekarang.
- 7 Februari 1979 – Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKN) Perak akan memperhebatkan lagi perang saraf dikalangan belia kampung-kampung baru dan masyarakat Orang Asli kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Mohamad Wan Teh.
- 7 Februari 1980 – Brunei melangkah ke hadapan mendahului negara-negara lain di rantau Asia Tenggara dengan mengadakan program
pendidikan bola sepak bersiri dalam televisyen bermula April depan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]