Hubungan Malaysia dan Thailand umpama 'kembar Siam' - Utusan Malaysia

Hubungan Malaysia dan Thailand umpama ‘kembar Siam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 21 Februari 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Tun Hussein Onn menegaskan Malaysia dan Thailand hendaklah mengekalkan hubungan rapat yang sedia terjalin bagi menghadapi perubahan pesat yang berlaku di Asia Tenggara.

Beliau menganggap perhubungan antara kedua-dua negara sebagai ‘kembar Siam‘. Perdana Menteri berkata kedua-dua negara hendaklah berusaha sedaya-upaya mengekalkan hubungan persahabatan dan kerjasama yang kini telahpun membuahkan hasil.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 21 Februari 1977 – Upah memetik kopi di Daerah Batu Pahat naik tiga kali ganda dari 50 sen kepada RM1.50 bagi setiap tin berikutan peningkatan harga kopi sejak November tahun lalu.
  • 21 Februari 1979 – Satu rang undang-undang penapisan filem video tape akan dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi untuk menghalang penayangan gambar-gambar lucah yang sering dibuat melalui video tape.
  • 21 Februari 1980 – Album terbaru Datuk M. Daud Kilau berjudul ‘Minah Utara‘ telah mendapat sambutan baik dari peminat-peminat, kata penerbit LP tersebut, Steven Eng.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya