Pada 9 Februari 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan golongan bumiputera hari ini digesa mencebur di lapangan-lapangan yang lebih besar seperti import dan eksport, farmasi, stor-stor berangkai (chain stores) dan sebagainya.
Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, Datuk Abu Hassan Omar yang menggesa demikian berkata, bidang-bidang penting inilah yang sepatutnya diceburi bukan sekadar membuka kedai-kedai runcit sahaja.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 9 Februari 1973 – Seramai 135 keluarga yang tinggal berhampiran dengan kawasan pembinaan empangan hidroelektrik Temenggor akan dipindahkan segera ke Kampung Ayer Ganda, Hulu Perak.
- 9 Februari 1974 – Penubuhan Syarikat Talasco Insuran Sendirian Berhad akan dapat memberi khidmat kepada masyarakat terutama penduduk luar bandar selaras dengan Dasar Ekonomi Baru kata penasihatnya, Dato’ Harun Idris.
- 9 Februari 1978 – Seniman Yusoff Haslam atau nama penuhnya Md. Yusoff Md. Aslam telah selamat diijab-kabulkan dengan gadis pilihan hatinya, Raja Nor Saadah Raja Salehuddin, penyanyi band “The Kilat” 5 Februari lalu.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]