Pada 22 Februari 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris hari ini menyeru Angkatan Kerjasama Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) menubuhkan sebuah badan pengedar barang-barang keperluan sebagai langkah mengatasi ancaman inflasi.
Katanya, dengan adanya badan seperti ini dapatlah kedai-kedai di bandar atau luar bandar mendapat bekalan barang-barang keperluan yang cukup untuk kegunaan para pengguna.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 22 Februari 1969 – Keindahan pemandangan dan bandar-bandar di seluruh Malaysia Barat akan dipaparkan dalam sebuah filem berjudul “Moon Over Coconut Growth” keluaran Pertubuhan Show Hong Kong.
- 22 Februari 1971 – Buat pertama kalinya, pelajar-pelajar di Kuala Lumpur dibenarkan mengambil Bahasa Perancis sebagai mata pelajaran tambahan dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) bermula tahun ini.
- 22 Februari 1973 – Utusan Khas Presiden Libya ke Malaysia, Dr. Ali Tariqi hari ini melahirkan rasa kagum dengan perkembangan pesat yang dicapai oleh Malaysia dalam kegiatan pembangunan Islam.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]