Pada 19 Februari 1973, Utusan Malaysia melaporkan Kerajaan Negeri Selangor akan bertindak tegas terhadap orang ‘kaya‘ yang membina rumah di kawasan setinggan dan menyewakannya kepada orang ramai di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Harun Idris ketika memberi amaran itu berkata, perbuatan golongan oportunis itu jika dibiarkan akan merugikan kerana ia bakal merumitkan lagi masalah setinggan di negeri ini.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 19 Februari 1972 – Tiga pakar dari Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) berada di Universiti Malaya (UM) bagi membantu universiti itu untuk merancang dan mewujudkan pengajian sains ijazah.
- 19 Februari 1973 – Sebuah badan untuk mengendalikan satu sistem pengangkutan awam yang cekap akan ditubuhkan di Kuala Lumpur, menurut Menteri Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ong Kee Hui.
- 19 Februari 1979 – Sebanyak 752 lot meliputi 1,254 ekar tanah kepunyaan orang Melayu di Melaka atau Malacca Customary Land (MCL) didapati telah tergadai kepada orang bukan Melayu di seluruh negeri ini.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]