Ahli politik Vietnam guna darah sendiri tandatangan surat bantahan - Utusan Malaysia

Ahli politik Vietnam guna darah sendiri tandatangan surat bantahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 10 Februari 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seramai 49 ahli politik pembangkang di Vietnam memotong jari tangan masing-masing dan menggunakan darah mereka untuk menandatangani sepucuk surat bantahan yang menuduh Presiden Nguyen Van Thieu sebagai diktator.

Ahli-ahli politik yang kesemuanya anggota Dewan Perhimpunan Kebangsaan itu membantah tindakan kerajaan menutup lima akhbar dan menangkap 18 wartawan berpengaruh yang dituduh oleh kerajaan Saigon sebagai ejen-ejen Vietcong.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 10 Februari 1977 – Kerajaan Malaysia telah mengharamkan tayangan filem-filem ‘Victory at Entebbe‘ dan ‘Raid on Entebbe‘ di semua pawagam di negara ini.
  • 10 Februari 1978 – Rombongan pegawai perusahaan getah Vietnam berada di Malaysia selama dua minggu untuk meninjau bantuan yang boleh diberikan oleh negara ini bagi memulihkan perusahaan getah asli mereka.
  • 10 Februari 1979 – Tabung Hidupan Liar Sedunia menyeru kerajaan Malaysia agar mengharamkan eksport monyet sementara menunggu hasil satu kajian sama ada eksport haiwan tersebut boleh meluputkan jumlah di negara ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya