Sistem kad waktu untuk semua kakitangan kerajaan - Utusan Malaysia

Sistem kad waktu untuk semua kakitangan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 1 Januari 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan sistem kad waktu yang akan dilaksanakan dalam semua kementerian dan jabatan serta agensi kerajaan di seluruh negara akan meliputi semua kakitangan termasuk mereka yang bekerja luar dan mengikut giliran.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Hashim Aman telah mengeluarkan surat pekeliling mengarahkan semua pejabat dan agensi kerajaan yang belum lagi menggunakan sistem kad waktu itu supaya melaksanakannya selewat-lewatnya bulan depan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 1 Januari 1973Drama ‘Jejak Bakti’ karya Zain Mahmood telah dipilih sebagai drama televisyen Malaysia terbaik bagi tahun 1972.
  • 1 Januari 1976 – Satu percubaan meletupkan Jambatan Yahya Petra di sini telah dapat dipatahkan hasil dari kecekapan seorang pegawai polis yang mengesan dan cuba menangkap penjenayah tersebut.
  • 1 Januari 1978Vietnam hari ini berkata, ia tidak akan menyokong kegiatan gerila-gerila komunis yang bergerak di Malaysia dan Thailand.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya