Sindiket guna nama bumiputera dibongkar - Utusan Malaysia

Sindiket guna nama bumiputera dibongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 12 Januari 1979, Utusan Malaysia melaporkan pembongkaran Pemuda UMNO Malaysia mengenai kegiatan beberapa sindiket yang menggunakan nama pekerja bumiputera untuk mendapatkan saham-saham khas bumiputera.

Dalam kegiatan tersebut, Pemuda UMNO mempunyai bukti bagaimana seorang pengurus bukan bumiputera sebuah kilang tempatan telah memohon 125 lot saham bumiputera bernilai RM1,600 tiap-tiap satu, tetapi menggunakan nama para pekerja bumiputera di kilangnya.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 12 Januari 1979 – Kira-kira 70 orang murid dari beberapa buah kampung di Mukim Tujuh tidak dapat bersekolah sejak semalam kerana jambatan Parit Jambi di Sungai Yong Peng dihanyutkan air sejak malam kelmarin.
  • 12 Januari 1980Persatuan Perubatan Tradisional Malaysia akan mengeluarkan surat tauliah kepada para dukun dan bomoh seluruh negeri di Semenanjung Malaysia tidak lama lagi.
  • 12 Januari 1982 – Ketibaan Diego Armando Maradona bersama Kelab Bola Sepak Boca Juniors di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang telah mendapat perhatian meluas pemberita dan orang ramai.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya