Polis lepaskan tembakan dalam mesyuarat UMNO - Utusan Malaysia

Polis lepaskan tembakan dalam mesyuarat UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 31 Januari 1982, Utusan Malaysia melaporkan polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan amaran untuk menyuraikan satu pergaduhan yang berlaku pada mesyuarat perwakilan tahunan UMNO Bahagian Rantau Panjang, Kelantan di Sekolah Tiang Chandi.

Bagaimanapun, beberapa orang yang terlibat dalam pergaduhan itu hanya bengkak dan pecah bibir manakala beberapa cermin tingkap bilik darjah pecah kerana dibaling dengan kerusi.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 31 Januari 1973 – Paduka Seri Sultan Perak tidak memperkenankan mana-mana pihak termasuk Muzium Negara untuk mempamerkan keris Taming Sari kepada orang ramai di luar istana rasmi baginda, Istana Iskandariah.
  • 31 Januari 1980 – Kampung Sungai Pelanduk di pedalaman Perak telah dipilih sebagai sebuah perkampungan Orang Asli yang terbaik di Malaysia bagi tahun 1979.
  • 31 Januari 1983 – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu lebih banyak syarikat besar bekerjasama serta menubuhkan syarikat usahasama ala Sogoshosha di negara ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya