New Zealand pengimport terbesar batik Malaysia - Utusan Malaysia

New Zealand pengimport terbesar batik Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 28 Januari 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan New Zealand menjadi pengimport batik Malaysia yang terbesar sekali dalam tahun 1971. Dalam sembilan bulan pertama tahun lalu, ia mengimport dua kali ganda lebih banyak daripada jumlah yang diimport oleh Jepun, iaitu pengimport kedua terbesar.

Sejumlah 256,019 ela persegi batik bernilai RM339,791 telah diimport oleh New Zealand dalam tempoh tersebut, sementara Jepun mengimport sebanyak 128,342 ela persegi bernilai RM168,460.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 28 Januari 1973Malaysia telah muncul sebagai juara edisi pertama dalam kejohanan bola sepak antara anggota-anggota kerajaan dengan menumpaskan Singapura 4-1 di Stadium Merdeka malam tadi.
  • 28 Januari 1976 – Pasangan lawak jenaka, A. R. Badul dan R. Jaafar dari Kuala Lumpur muncul sebagai juara keseluruhan pertandingan “Bakat 75” yang berakhir di Dewan Bandaran Ipoh malam tadi.
  • 28 Januari 1978Pan Malaysian Air Cargo Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat penerbangan milik bumiputera kini mengembangkan sayapnya dengan mengangkut penumpang ke Sumatera Barat bermula 16 Januari lalu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya