Pada 17 Januari 1976, Utusan Malaysia melaporkan Datuk Seri Najib Tun Razak, 22, anak sulung Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai Orang Kaya Indera Shahbandar Pahang yang baru, menggantikan ayahnya.
Pelantikan tersebut dibuat oleh Sultan Pahang dan diumumkan sendiri oleh baginda menerusi TV Malaysia di Seri Taman, malam tadi. Dengan perlantikan tersebut, Najib menjadi salah seorang daripada empat Orang Besar Negeri Pahang.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 17 Januari 1972 – Dr. Aziz Sidky, salah seorang dari empat Timbalan Perdana Menteri Mesir yang juga Menteri Perusahaan dan Minyak telah dilantik sebagai Perdana Menteri negara itu.
- 17 Januari 1973 – Persatuan Pengguna Pulau Pinang menasihatkan pembeli-pembeli supaya menawar harga barang walaupun telah diletakkan tanda harga.
- 17 Januari 1975 – Sebuah bandar baru seperti Petaling Jaya akan diwujudkan di Tampoi, Johor Bahru tidak lama lagi, dibangunkan oleh UDA dengan kos perbelanjaan sebanyak RM200 juta.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]