Pada 13 Disember 1982, Utusan Malaysia melaporkan masyarakat pelbagai kaum dan agama menyambut baik langkah kerajaan untuk mengadakan undang-undang moral yang akan dikuatkuasakan ke atas semua kaum dan agama di negara ini.
Mereka berpendapat, undang-undang tersebut akan dapat mengawal keruntuhan moral yang semakin hebat, khususnya dalam kalangan muda-mudi.
Di samping itu, undang-undang yang dikuatkuasakan itu akan dapat menghukum mereka yang bersalah tanpa mengira bangsa dan agama secara adil.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 13 Disember 1977 – Penyanyi kesayangan ramai, Rahimah Rahim selamat melangsungkan perkahwinannya dengan seorang pemain bola sepak terkenal Singapura, Mohd. Noh Hussein.
- 13 Disember 1979 – Berpuluh-puluh ribu ekor lalat hitam menyerang Pekan Lumut, Daerah Dinding sejak semalam dan mengakibatkan kedai-kedai makan serta rumah-rumah di sekitarnya terpaksa ditutup.
- 13 Disember 1982 – Kerajaan akan mewujudkan Majlis Silat Negara tahun hadapan sebagai langkah menyatupadukan tenaga pendekar negara di dalam sebuah badan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]