Pada 30 Disember 1984, Utusan Malaysia melaporkan ingatan Sultan Perak terhadap “beberapa kerat” ulama muda bahawa mereka tidak boleh mengkafirkan keseluruhan bangsa Melayu yang telah menganut agama Islam lebih 500 tahun lalu.
“Dalam tempoh itu, bangsa Melayu telah melahirkan berapa ramai ulama. Saya tidak fikir ulama muda boleh menjahilkan ulama-ulama terdahulu,” tegas baginda.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 30 Disember 1977 – Sejumlah RM125 juta telah dikumpulkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) hasil simpanan orang ramai dari Januari hingga November tahun ini.
- 30 Disember 1979 – Pemerintah Singapura menolak permohonan memperbaharui permit dua buah akhbar harian berbahasa Cina, Shin Min dan Min Pau.
- 30 Disember 1982 – Pelantar lepas pantai ‘Parameswara’ milik Petronas yang berharga RM103.5 juta akan dilancarkan tidak lama lagi di limbungan kapal Promet, Jurong, Singapura.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]