Malaysia dan Indonesia kaji semula perjanjian perdagangan - Utusan Malaysia

Malaysia dan Indonesia kaji semula perjanjian perdagangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 16 Disember 1983, Utusan Malaysia melaporkan Malaysia dan Indonesia bersetuju Mengkaji semula prestasi perjanjian perdagangan 1973 selepas satu mesyuarat antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Suharto.

Kedua-dua pemimpin itu membuat keputusan untuk mengkaji perjanjian itu sama ada ia menggalakkan atau menghalang perdagangan antara kedua-dua negara. Perjanjian yang ditandatangani pada 1973 adalah untuk meluas dan meningkatkan jumlah perdagangan antara kedua-dua negara bagi mengurangkan persaingan yang tidak perlu.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 16 Disember 1979 – Jepun dan Jerman Barat memberi persetujuan menghadiahkan peralatan sukan kepada Majlis Sukan Sekolah- Sekolah Malaysia apabila kompleks sukan di Batu 8 Jalan Gombak siap dibina pada tahun 1983.
  • 16 Disember 1982 – Kira-kira setengah juta penduduk bandar raya masih menggunakan jamban tong najis lubang dan jamban atas air (sungai), menurut seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini.
  • 16 Disember 1983 – Hospital Universiti Malaya kini mula menerima bayaran perubatan dengan menggunakan kad kredit dan kad bayaran untuk semua rawatan perubatan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya