Kampus sementara Universiti Utara Malaysia giat dibina - Utusan Malaysia

Kampus sementara Universiti Utara Malaysia giat dibina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 12 Disember 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Universiti Keenam Malaysia yang kini dikenali sebagai “Universiti Utara
Malaysia” sedang rancak dibina sejak awal bulan ini di tapak sementaranya seluas 62 ekar di Tanjung Pauh, Jitra, Kedah.

Kira-kira RM30 juta diperuntukan bagi melaksanakan projek fasa pertama yang dijangka siap April tahun hadapan di mana kerja-kerja
pembinaannya diteruskan sehingga ke waktu malam bagi memastikan projek universiti itu siap mengikut jadual.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 12 Disember 1977 – Majlis Agama Islam Negeri Terengganu dan badan kebajikan wanita Islam didesak supaya melonggarkan syarat-syarat
    poligami di negeri ini.
  • 12 Disember 1982Malaysia hari ini sekali lagi mengutuk Israel kerana usaha-usaha terbarunya mewujudkan kawasan-kawasan penempatan
    untuk rakyatnya di kawasan Tebing Barat.
  • 12 Disember 1983 – Seniman dan pengarah, Ahmad Mahmood serta Rubiah Suparman telah dipilih sebagai aktor dan aktres terbaik dalam
    Pesta Filem Malaysia Keempat malam tadi.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN