Golongan elit Melayu berpendidikan Inggeris dibidas - Utusan Malaysia

Golongan elit Melayu berpendidikan Inggeris dibidas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 20 Disember 1982, Utusan Malaysia melaporkan Prof. Datuk Ismail Hussein membidas golongan elit Melayu yang berpendidikan Inggeris yang tidak gemar berkomunikasi dengan masyarakat Melayu menerusi alat-alat sebaran am Bahasa Malaysia.

Katanya, mereka lebih senang menyampaikan pandangan dan pendapat menerusi alat-alat sebaran am Bahasa Inggeris.

“Oleh itu, orang Melayu yang ingin membuat analisis bermutu daripada cerdik pandai Melayu mesti membaca akhbar-akhbar itu kerana pandangan ini tidak akan terdapat dalam akhbar Melayu,” ujarnya.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 20 Disember 1972 – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan hari ini mengumumkan bahawa kerajaan negeri sedang menjalankan kajian tentang kemungkinan untuk mengadakan pelabuhan di Port Dickson.
  • 20 Disember 1977 – Rawatan cara ‘cold turkey‘ bakal dilaksanakan ke atas penagih dadah di negara ini setelah siapnya unit detoksifikasi di pusat pemulihan dadah.
  • 20 Disember 1979 – Unit Udara Polis Diraja Malaysia yang dianggotai oleh 13 orang pegawai polis dan dua buah kapal terbang Cessna 206 berharga kira-kira RM300,000 sebuah, memulakan tugas rondaan keselamatan udara mulai hari ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya