Pada 2 November 1972, Utusan Malaysia melaporkan penemuan 15 pucuk surat berisi bom yang dialamatkan kepada beberapa orang di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) telah dijumpai di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.
Bagaimanapun, bom-bom tersebut telah dimatikan oleh sekumpulan pakar pemusnah bom tentera.
Surat-surat tersebut turut mempunyai cap setem Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 2 November 1971 – Kapal haji ‘Malaysia Baru‘ yang akan membawa bakal haji yang pertama tahun ini tiba di Pelabuhan Singapura dari Hong Kong hari ini.
- 2 November 1972 – Pusat Pembangunan dan Penyelidikan Kaji Teknik Makanan akan disatukan dengan Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian (MARDI), kata Menteri Pertanian dan Perikanan, Tan Sri Ghazali Jawi.
- 2 November 1985 – Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menghantar kakitangannya menyiasat kehadiran seekor buaya yang disifatkan luar biasa di Sungai Pahang sejak beberapa hari lalu.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]