Perkataan Melayu dalam kamus Oxford Universiti - Utusan Malaysia

Perkataan Melayu dalam kamus Oxford Universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 22 November 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan lebih 200 perkataan Melayu yang diterima penggunaannya secara rasmi dalam perbendaharaan Bahasa Inggeris telah digunakan oleh Oxford Universiti Press dalam cetak kamus edisi tambahan terbarunya.

Kamus tersebut yang penyusunannya setakat ini dicetak dari huruf A hingga G sedang dipamerkan kepada orang ramai di Perpustakaan Pusat Kebudayaan British di sini.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 22 November 1971 – Penyanyi pop J. Sham yang terkenal dengan lagu “Surat Ku Untuk Mu” akan melangsungkan perkahwinan dengan seorang guru di Kampung Jana Baru, Taiping, Ahad depan.
  • 22 November 1972 – Negara-negara Asia mengusulkan supaya kejohanan Badminton Dunia digunakan bagi menggantikan kejohanan Badminton Seluruh England bagi merebut juara dunia dalam sukan badminton di masa akan datang.
  • 22 November 1973 – Hotel kelas dua yang diberi nama Hotel Tropicana yang ditubuhkan hasil perkongsian antara orang perseorangan dan Lembaga Pembangunan Bandar (UDA) akan memulakan perniagaannya Januari tahun hadapan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya