Pada 7 November 1977, Utusan Malaysia melaporkan Malaysia dicadangkan sebagai negara ideal untuk dijadikan pusat arbitrasi perdagangan bagi menyelesaikan pertikaian dalam urusan perdagangan antarabangsa dalam kalangan negara Asia.
Cadangan tersebut dibuat berdasarkan pengaruh perdagangan yang strategik oleh Jawatankuasa Penasihat Perundangan Asia-Afrika (AALC), iaitu sebuah badan yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya Undang-Undang Perdagangan Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCITRAL).
Antara peristiwa lain yang menarik
- 7 November 1972 – Sekitar 40 orang terbunuh, 508 cedera dan 179 orang lagi hilang dalam satu kebakaran ke atas sebuah kereta api
ekspress di dalam sebuah terowong gelap dekat bandar Fukui, Jepun hari ini. - 7 November 1973 – Seorang seniwati jelita dari Indonesia, Ruth Pelupessy hari ini menyatakan hasratnya untuk berlakon dalam filem-
filem yang dibuat secara ‘joint venture‘ antara Malaysia dan Indonesia. - 7 November 1974 – Seramai 1,500 orang ahli kesatuan pekerja perkhidmatan kerani dan bersekutu kerajaan hari ini mengadakan
tunjuk perasaan berkenaan soal gaji dan syarat perkhidmatan di hadapan bangunan UMBC Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]