Bekas menteri, pegawai kerajaan dihukum tembak - Utusan Malaysia

Bekas menteri, pegawai kerajaan dihukum tembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 25 November 1974, Utusan Malaysia melaporkan pihak berkuasa tentera Habshah mengumumkan seramai 61 orang bekas menteri dan pegawai kerajaannya menjalani hukuman mati malam tadi.

Mereka yang ditembak adalah antara kira-kira 200 bekas menteri, pegawai kerajaan, gabenor wilayah dan hakim yang ditahan di bilik-bilik kurungan di Istana Besar kerana menunggu perbicaraan atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 25 November 1972 – Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mengurangkan denda daripada RM1 juta kepada RM500,000 atau hukuman penjara 12 bulan terhadap seorang pemandu van dari Thailand yang didapati bersalah membawa masuk emas ke negeri ini.
  • 25 November 1974Sewa rumah di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya naik antara 25 hingga 50 peratus dalam tempoh tiga tahun lalu.
  • 25 November 1979 – Pelawak terkenal, Datuk Jamali Shadat mengetepikan lawak jenaka buat sementara waktu demi untuk bertugas dengan lebih serius sebagai Pegawai Seranta Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Pelabuhan Klang.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya