Pada 18 November 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein hari ini menasihatkan penduduk di bandar raya ini supaya bersiap sedia berpindah jika keadaan mendesak.
Sehingga lewat petang ini, lebih 5,000 orang di beberapa kawasan yang dilanda banjir akibat hujan lebat malam tadi telah dipindahkan ke lapan pusat pemindahan.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 18 November 1972 – Tiga rakyat Malaysia mendapat biasiswa Rancangan Colombo menjalani kursus di England mulai 27 November ini.
- 18 November 1977 – Tokoh pejuang kemerdekaan Indonesia, Bung Tomo, 57, ditahan kerana disyaki terlibat menghasut pelajar universiti menentang Presiden Suharto.
- 18 November 1982 – Sebuah jawatankuasa di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian sedang mengkaji perdagangan secara sistem barter sebagai satu langkah meningkatkan eksport negara.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]