Pada 25 Oktober 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan perletakan jawatan Yang Dipertua Agung PAS, Datuk Mohd. Asri Muda bersama tiga orang tokoh veteran parti yang lain hari ini disifatkan sebagai tanda ‘perpecahan dan keruntuhan PAS‘ yang mungkin berlaku di masa hadapan.
Beberapa orang pemimpin parti komponen Barisan Nasional dan ahli-ahli akademik sependapat mengatakan bahawa keputusan yang diambil oleh Datuk Asri merupakan reaksi kepada rasa tidak puas hati golongan muda terhadap kepimpinannya dan mahukan perubahan kepada pucuk pimpinan yang ada sekarang.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 25 Oktober 1973 – Lebih 5,000 buah buku Pendita Za’ba akan diabadikan dalam “Kumpulan Za’ba” di Perpustakaan Universiti Malaya.
- 25 Oktober 1977 – Penubuhan sebuah Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun yang dianggotai oleh wakil-wakil sektor swasta kedua-dua negara akan dilancarkan di Kuala Lumpur pada awal November ini.
- 25 Oktober 1979 – Perkhidmatan keselamatan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia sedang diperbesar dan alat-alat pemeriksaan keselamatan serta anggota-anggotanya juga sedang ditambah.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]